Sunday 30 June 2013

Cara Format Laptop/ Computer Dan Install Windows 7 Guna DVD


Laptop /computer merupakan satu keperluan di zaman IT kini, kerana sumber rujukan buku sahaja bukan lagi merupakan rujukan yang mutlak. Bagi pengguna computer/ laptop mengformat-nya adalah pekara yang pasti diketahui oleh pemiliknya, sama ada mengformat di kedai, meminta bantuan sahabat yang arif tentang komputer, mengformat sendiri atau sebagainya.


Bagi yang mengformat computer /laptop di kedai computer, mereka mengambil masa yang lama untuk mengformatnya, kerana bukan sahaja computer /laptop anda sahaja yang perlu mereka format dan sahabat juga perlu menbayar sejumlah wang yang agak mahal untuk mengformat komputer kerana mereka perlu membayar gaji pekerja, sewa kedai dan sebagainya.

Kenapa kita perlu bersusah payah berhabiskan wang dan pergi ke kedai computer untuk mengformatnya, padahal kita sendiri boleh mengformat laptop /komputer kita.. Di sini akan saya menunjukkan tutorial cara mengformat laptop/ komputer.

100% tutorial yang lengkap...

Apa yang di perlukan SEBELUM mengformat komputer :

1) pastikan dahulu apakah OS sahabat samaada versi 32 atau 64bit:

-)klik start
-)klik kanan pada komputer
-)properties
kerana sewaktu proses format komputer akan ditanya untuk format windows versi apa..


2) Sekeping vcd windows 7 Ultimate yang berharga RM 10-20 di kedai-kedai seperti kedai cd komputer games, kedai komputer, anda tidak akan rugi membelinya kerana vcd boleh diguna dalam jangka masa yang lama dan boleh mengformat berapa banyak komputer lain jika anda pandai menjaga/ menggunakannya, BOLEH BUAT DUIT JUGA..


3) Cd /dvd driver laptop/ komputer, jika tiada anda boleh KLIK DI SINI
ps: saya syorkan sahabat buat backup driver dahulu menggunakan DriverMax

4) Software2 yang basic seperti:-
a) Antivirus, jika tiada KLIK SINI
b) Pdf reader KLIK SINI
c) Microsoft Office 2007 Enterprise SP2 KLIK SINI  (Password: |daoud|  ) 700mb
c) Google Chrome boleh download DI SINI
d) Media player "splayer" KLIK SINI


5) Buat backup/ simpan document2 penting daripada "local disk c" seperti pictures, videos, document, software2 yang anda download tadi  ke "local disk d"(bagi yang tiada, buat backup ke external hard disk)



Tutorial Mengformat Komputer.

1) Masukkan dvd windows ke dalam cd rom dan kemudian restart komputer.

2) Sesetengah laptop/ komputer akan terus detect dvd windows seperti "press any key to boot from cd" dan terus tekan "enter"


Jika laptop/ komputer anda tidak detect dvd, semasa komputer tengah restart tekan
a) untuk computer jenis Compaq tekan F9/ F10
b) untuk computer jenis Acer tekan F2/ F12
c) untuk computer jenis Dell tekan F2
Selepas itu cari "boot" pada paparan bios komputer anda dan pilih DVD sebagai default atau letakkan di atas sekali dan tekan enter. CONTOH:-


3) Selepas itu screen akan keluar "windows is loading files"


4) Pilih bahasa yang ingin anda gunakan, dan klik "next"


5) Selepas itu klik pada "install now"


6) Pilih apa architecture/ versi yang anda mahukan
 (rujuk No 1 pada "apa yang diperlukan SEBELUM mengformat komputer")


7) Klik "I accept the license tems" dan klik "next"


8) Klik pada " custom (advance)"


9) Klik pada partition yang hendak di format, biasanya laptop/computer akan terus detect partition "local disk c" secara default


10) Klik pada "drive options (advance)"


11) Klik "format"


12) Windows sedang menginstall dengan sendirinya, dan ianya akan mengambil masa lebih kurang 30 minit..


13) Semasa windows sedang install, jangan klik/ tekan apa-apa sehinggalah windows keluar" set up windows" tuliskan nama yang anda suka..


14) Jika ingin meletak password silakan, jika tiada klik "next"


15) Pedulikannya, klik "next"


16) Klik "use recommended settings"


17) Pilih default iaitu zon masa "kuala lumpur"


18) Done.. Laptop/computer anda telah diformat dengan jayanya


19) Klik start => klik kanan pada komputer => klik properties
Adakah komputer anda seperti ini? (klik pada gambar untuk zoom)



 Jika ya, KLIK DI SINI  untuk download removeWAT dan ikuti tutorialnya.

Nantikan "post" saya yang seterusnya mengenai Format Komputer/ Laptop Menggunakan Pendrive


syuib92.blogspot.com.......


14 comments:

  1. Semoga usaha awak diberkati dan kehidupan awak dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. saya suka dgn blog awak ni, tapi knapa blog ni dah lama tak update? kan baik kalau truskan usaha brkongsi ilmu ni. btw trima kasih.

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK

    ReplyDelete
  4. Bereh boh..time kasih banyok

    ReplyDelete
  5. bro sya nk tnya. adkh memerlukan internet connection untuk install window 7 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak, ianya hanya offline installation. tdak perlukan sebarang hbungan internet..

      Delete
  6. Thx bro.. saya dah buat n iya menjadi..terbaik lah..

    ReplyDelete
  7. as salam. boleh ke netbook hp mini 210 gun step ni? xde msalah sperti wlan connection ke?

    ReplyDelete
  8. May you teach us on hacking the wifi passowrd ?

    ReplyDelete
  9. Trims untuk infonya ...
    Ditunggu kunjungan baliknya ya ke web saya : Toko Laptop Online atau Tips Komputer

    ReplyDelete