Tuesday 25 June 2013

Perbezaan antara Netbook, Notebook dan Laptop


         Ramai diantara sahabat masih yang tidak tahu dan keliru apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh netbook, notebook dan laptop. Malah ada menganggapnya adalah berbeza sama sekali  dan sebaliknya.


         Di sini saya akan berkongsi serba sedikit tentang apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Netbook, Notebook dan Laptop.



         Sebenarnya ianya tiada perbezaan manapun antara ketiga-tiganya, tetapi Netbook mempunyai sedikit keistimewaan diantara ketiga-tiganya. kerana rekabentuknya yang lebih kecil diantara 7-12 inci, Netbook didesignkan untuk "membuat" kerja-kerja yang lebih ringan berbanding Notebook/Laptop seperti mengolah data menggunakan Microsoft Office Word, Excel, Power Point, bermain games yang ringan seperti Chess Titan dan Minesweeper, melukis pada Paint dan lain-lain.


        Netbook biasanya sentiasa dibawa oleh para penggunanya kerana digunakan untuk melakukan kerja-kerja perbentangan dan kerana rekabentuknya sendiri yang mudah dibawa ke mana jua.

       
          Notebook/Laptop mempunyai ukuran yang besar sedikit berbanding Netbook iaitu diantara 12-18 inci. Notebook/Laptop direkabentuk adalah untuk membuat kerja-kerja yang lebih extreme berbanding Netbook, antaranya mengolah data Microsoft Office dengan lebih cepat, bermain games yang mempunyai kapasiti gigabyte yang besar seperti Call Of Duty dan Hitman Absolution, menonton video, menghasilkan produk maya dengan software seperti Inventor, Solid Work, Autocad dan lain-lain.



syaif zulzahari...

5 comments:

  1. salam, hye..just nak tnye klu netbook ni bole ke support software sprti photoscape or editor??

    ReplyDelete
  2. Klu kita buat utk niaga...Edit pic ...semua elok notebook la yer...saya tgh cari jgk ni..dell ok x? Just survey dlu..tye pada yg pakar..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dell ni jenis yg kualitinya kategory baik la.. pon sy syor jugak.. jenama dell sesuai dgn harga

      Delete