Tuesday 25 June 2013

Apakah Virus Komputer




       Virus komputer merupakan satu aplikasi /program yang mudah merebak/ dijangkiti dan boleh menyalinkan dirinya dari satu program ke dokumen yang lain, yang tidak lain dan tidak bukan punca sebenarnya adalah melalui internet, dan kemudiannya virus ini merebak atau menjangkiti dirinya melalui e-mail yang kita terima dan apabila kita mendownload sesuatu software atau movie.

       Virus juga lebih mudah merebak melalui alat perantaraan yang mudah alih seperti pendrive, cd/ dvd, external hard disk dan sebagainya. 




       Virus merebak melalui alat perantaraan ini adalah apabila sesebuah komputer tersebut mempunyai virus dan si pengguna ingin menyalin sesuatu fail kepada komputer lain dan menggunakan pendrive sebagai alat perantaraan, pendrive tersebut memiliki risiko sebanyak 99% dijangkiti virus daripada komputer si pengguna, dan apabila pendrive tersebut disambungkan ke komputer yang lain tanpa di'scan' terlebih dahulu dengan antivirus maka, kemungkinan komputer tersebut dimasuki virus adalah 90%.




       Sesetengah virus dicipta untuk merosakkan sistem program dan menghapuskan fail-fail yang ada di dalam komputer sehingga menyebabkan si pengguna komputer terpaksa mengformat semula komputer atau pendrive yang telah dijangkiti virus.

       Tetapi, ada sesetengah aplikasi virus ini adalah virus yang tidak merosakkan sistem komputer dan dan lebih dikenali sebagai virus jenis "tool" seperti fail crack untuk full versionkan sesuatu software dan sebagainya. 





Simptom- simptom komputer sahabat dijangkiti virus:-

1) Apabila komputer anda mulai "running" secara perlahan tidak seperti hari- hari biasa     
     sahabat menggunakannya.

 2) Apabila kebanyakan aplikasi yang anda selalu buka tidak dapat "running" dengan 
      sempurna.

 3) Apabila selepas komputer dibuka, tidak lama kemudian  komputer anda "hang".

 4) Apabila sesuatu fail tidak dapat dibuka / loading dengan menambil masa yang lama. 

 5) Apabila komputer anda "reboot" secara sendiri


     Dan apabila simptom2 ini berlaku pada komputer anda, tiada apa yang dapat ditunggu lagi. "Format" lah the only path  you has..

Nantikan entri saya yang selanjutnya mengenai Cara Melindungi Komputer Anda Dari Serangan Virus.


THANKS FOR READING

syaif zulzahari..




No comments:

Post a Comment