Wednesday 26 June 2013

Cara Melindungi Komputer Anda Dari Serangan Virus

Assalamualaikum kepada para pembaca blog ini..

Sebelum ini kita telah mengupas tentang  Apakah virus komputer, maka anda telah sedia maklum tentang virus bukan?.



       Perlindungan kepada komputer daripada ancaman luar seperti virus adalah penting bagi sesiapa sahaja yang memiliki komputer, jika kita tidak memiliki sebarang ilmu tentang cara penjagaan komputer, maka amatlah mudah bagi virus memasuki dan merosakkan sistem dan fail di dalam komputer sahabat.

       Untuk memastikan bahawa komputer bebas dari ancaman virus, yang paling utama ialah anda perlulah sentiasa peka terhadap software antivirus yang digunakan.



1)  Sentiasa "update" antivirus kerana "para pembuat" virus sentiasa meng"update" virus yang mereka hasilkan untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan mengambil/ merosakkan komputer anda. Jika anda tidak update antivirus, maka antivirus tersebut tidak dapat mengesan virus yang terbaharu.

2)  Perlulah berhati-hati apabila ingin mendownload sesuatu perisian/video daripada daripada laman  web  yang dicurigai.

3)  Sentiasa membiasakan diri dengan "scan" terlebih dahulu sebelum membuka fail yang terdapat didalam pendrive.

 4)  Kerap "scan" hard disk / keseluruhan komputer minima sebulan sekali.

 5)  Membuang fail-fail yang tidak diperlukan/ diguna yang berada didalam komputer.

 6)  Gunakan software yang dapat membuang program yang tidak diperlukan secara keseluruhan seperti Revo Uninstaller dan Total Uninstall.


syuib92@blogspot.com....

No comments:

Post a Comment