Monday 28 July 2014

Sygic GPS Navigation v14.3.1 cracked + Map Malaysia




Assalamualaikum dan salam sejahtera serta Selamat Hari Raya diucapkan kepada seluruh umat Islam. Hari ini saya akan berkongsi mengenai satu aplikasi navigation antara yang terkenal di dunia yang tidak perlu diperkatakan lagi iaitu Sygic. Amat sesuai aplikasi ini saya kongsikan pada hari yang mulia ini bagi yang akan berjalan jauh untuk mengunjungi sanak- saudara dalam membantu pencarian destinasi yang dituju.

Sebelum ini saya juga ada berkongsi mengenai GPS ini iaitu versi 2013 klik sini, dan kali ini saya memperkenalkan versi yang terbaru iaitu versi 2014 dan saya juga di sertakan sekali map untuk negara Malaysia.

Tidak perlulah diterangkan lagi mengenai kelebihan software ini. Jika anda masih baru mengenainya klik link ini https://www.sygic.com/en :



What's new :
fix for loading POIs
mentioned SD card fix for KitKat (Android 4.4)


Klik untuk download :
Sygic.part1
Sygic.part2
Sygic.part3
Sygic.part4
Sygic_14.3.1 Cracked.apk

Password RAR : syaifzulzahari

Cara install :
(jika telah install sygic sebelum ini, minta di buang/dialihkan folder sygic ke tempat lain)
1) download semua link yang diberi (daftar akaun 4shared dahulu sekiranya tiada)
2) extract Sygic.part1 hingga part4 supaya menjadi satu file
3) copy sygic folder ke SD card
4) putuskan koneksi dengan internet
5) install Sygic_14.3.1 Cracked
6) done

mungkin apabila pada sygic store akan dikatakan trial selama 7 hari, biarkan sahaja kerana sesudah 7 hari sygic masih boleh digunakan seperti biasa kerana ianya telah dicrack.




sila inform jika terdapat link yang broken...

syaif zulzahari

Sunday 18 May 2014

Apakah Operating System (OS)

Assalamualaikum.. Hari ini saya akan berbicarakan mengenai Operating System @ OS. Mungkin ramai yang sudah tahu tetapi hal ini saya lebih saya tujukan kepada saudara-saudara di luar sana yang agak kurang faham tentang pekara mengenai Operating System ini..



Saya mengupas hal ini kerana saya yakin masih ramai para pengguna komputer di luar sana yang kurang mengerti mengenainya, contohnya komputer saya menggunakan OS Linux atau skin pack or something else dan apabila saya membuka komputer, ada beberapa sahabat saya menanyakan "eh, kau guna Windows ape nih? lain macam aq tngok?" . ok stop.. Di sini dapat disimpulkan sedikit bahawa orang yang menanyakan soalan ini mungkin kurang memahami tentang OS, ye ke? memang la, sebab mereka kan rakan-rakan saya.. hah..

Ok.. Straight to the point.., Operating System adalah sistem operasi yang menjalankan pengoperasian kerja hardware dan software yang berada di dalam komputer tersebut. Penggunaan OS juga bergantung kepada hardware yang digunakan oleh komputer.



Terdapat banyak OS yang berada di dunia ini, namun di sini saya hanya mengupas OS yang terkenal dan ramai penggunanya sahaja seperti Apple, Microsoft Windows dan Linux walaupun banyak lagi OS yang terkenal tetapi saya mengupas hanya tiga OS sahaja.

1) Apple


Apple atau dikenali sebagai Macintosh (Mac OS). Operating System ini adalah berasaskan daripada UNIX. Sistem ini sering dikatakan untuk sukar digunakan terutamanya bagi pengguna yang sudah terbiasa menggunakan Windows kerana tampilannya yang asing jika dilihat. Sebenarnya sistem ini bukanlah sesukar seperti yang dikatakan kerana sistem ini mempunyai daya tarikan dan tampilan yang tersendiri. Dari segi penggunaan, sistem ini mengamalkan konsep user friendly berbanding dengan OS yang lain yang yang agak sukar ketika proses menginstall-nya. Kelebihan sistem ini juga ialah penggunanya tidak akan merasakan kelambatan semasa pengoperasiannya.


2) Microsoft Windows



Microsoft Windows atau lebih dikenali sebagai Windows adalah satu sistem operasi yang paling ramai penggunanya mungkin kerana pirate, ia menggunakan tampilan yang berasaskan GUI ( Graphical User Interface). Aplikasi seperti games, software dan sebagainya yang disediakan untuk sistem ini juga lebih banyak berbanding OS yang lain. Sistem ini mempunyai dua peringkat iaitu 32-bit(x86) dan 64-bit(x64).



3) Linux



Linux atau GNU/Linux (GNU's Not Unix) iaitu "GNU bukanlah UNIX" adalah satu sistem operasi yang tampilannya sahaja seperti UNIX tetapi ianya tidak menggunakan sistem pengoperasian UNIX. Linux adalah sistem yang percuma yang mempunyai banyak edarannya @ distro dan kebanyakannya mempunyai pelbagai ciri-ciri tambahan dan tampilan dalam pengoperasiannya.(klik disini untuk senarai distro-nya). Linux dibangunkan secara Open Source oleh pembangunnya di seluruh dunia di bawah GNU General Public Licence (GPL). ianya juga merupakan sistem operasi yang sukar untuk ditembusi oleh virus kerana penggunaan superuser-nya yang tinggi, ini menjadikan bahawa Linux adalah OS yang terbaik bagi melayari internet secara selamat.


Kesimpulannya, diharapkan dengan entri "Apakah Operating System" yang tidak seberapa mencukupi ini dapat difahami secara asas kepada para pembaca blog ini. Nantikan entri saya lagi akan datang..





Syaif Zulzahari..




Tuesday 17 December 2013

Internet Download Manager 6.18 Build 11

Assalamualaikum..
Hari ini saya akan berkongsi satu software yang tidak asing lagi bagi kaki - kaki download sama ada video, movie, dokumen dan sebagainya.



Bagi yang tak tahu apakah IDM..

Internet Download Manager (IDM) adalah satu software untuk meningkatkan kelajuan mendownload (muat turun).. ia juga boleh membaiki kesilapan  semasa memuat turun, menyambung atau memulakan semula akiviti muat turun sekiranya internet terputus, bekalan elektrik terputus atau  komputer tertutup secara tidak sengaja dan sebagainya.. IDM adalah satu software yang mudah untuk dikendalikan dan banyak mensupport aktiviti - aktiviti yang memerlukan anda memuat turun..

Di sini di sertakan sekali link untuk didownload :
Download Internet Download Manager link 1
Download Internet Download Manager link 2
Password  :  syuib92.blogspot.com


Cara menginstall Internet Download Manager.. :

1) Download Internet Download Manager

2) extractkannya

3) install idman618build11.exe










4) copy patch.axe di C:/ Program Files (dan cari folder "internet download manager")

5) jalankan patch.axe di folder tersebut










 
     i) klik generate
     ii) klik patch dan pilih IDMan.axe
     iii) klik Auto Reg


6) Close kan patch dan selamat menikmatinya..




Selamat malam...

Sunday 15 December 2013

Kaedah Penjagaan Bateri Laptop Yang Betul

Assalamualaikum kepada pembaca blog ini.. Rasanya telah terlalu lama blog ini tidak diupdate.



Adakah kita semua berpuas hati dengan cara penjagaan bateri laptop kita sehari - hari ? Bateri adalah sebahagian daripada komponen yang penting di dalam penggunaan komputer selepas charger, tetapi cara penggunaan bateri yang tidak betul boleh menyebabkan kualiti bateri tersebut boleh berkurangan daripada spesifikasi yang sebenarnya.

Di sini saya akan berkongsi maklumat kepada anda semua tentang cara yang betul bagi memastikan jangka hayat bateri laptop tahan dengan lebih lama..



1) Elakkan mengecas terlalu lama (overcharging). Apabila lampu yang menandakan bateri laptap telah penuh dicas, sebaiknya dimatikan sambungan pengecasnya. Ini kerana pengecasan yang terlalu lama akan menyebabkan kepanasan kepada bateri dan boleh mengurangkan tahap kualiti bateri.




2) Elakkan dari mendedahkan bateri laptop dari haba. Contohnya, meletakkan laptop di dalam bonet kereta, dedahkan laptop di kawasan yang bersuhu tinggi dan sebagainya. Ini akan mengurangkan kapasiti penyimpanan tenaga bateri laptop.




3) Jika anda tidak menggunakan laptop dengan jangka masa yang lama seperti seminggu or something, pastikan bateri ditanggalkan dari laptop.




4) Elakkan menggunakan bateri sehingga bateri empty kerana jangka hayat bateri akan berkurangan jika kerap menggunakannya sehingga bateri kehabisan / empty. Sebaiknya bateri dicas ketika notification  di desktop menunjukkan  low battery.





5) Kawal penggunaan screen brightness. Penggunaan bateri dapat diminimumkan dan digunakan dengan lebih lama jika kita mengurangkan kecerahan screen. Dengan ini kita tidak perlu kerap mengecas bateri.




6) Lakukan defragment disk bagi memastikan penggunaan hard disk berjalan lancar. Dengan defragment, penggunaan kuasa berlebihan bagi pengoperasian laptop dapat dikurangkan dan ini dengan serta - merta dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri.




Penjagaan bateri laptop yang betul dapat memanjangkan hayat bateri itu sendiri.. Lebih baik mencegah daripada membeli baru. selamat malam..



syaif zulzahari....

Friday 13 September 2013

Everything 1.3.3.658 Beta


Assalamualikum kepada pembaca blog..

Hari ini saya akan berkongsi tentang satu software yang dalam kategori amat diperlukan dalam pencarian fail di komputer iaitu Everything.

Software ini mempunyai kapasiti yang kecil iaitu 333kb, tetapi amat berguna kepada pengguna komputer. Software ini lebih kepada mencari fail - fail yang yang apabila kita menaip nama sesuatu fail / folder tersebut, segala fail - folder yang mempunyai nama yang sama dengan apa yang kita taip itu akan keluar di tetingkap.

Untuk lebih memahaminya, apabila kita menyimpan sesuatu fail / folder di merata - rata tempat di dalam komputer dan kita terlupa di mana  kita menympannya, kita dapat kembali menjumpainya apabila kita menulis nama fail / folder yang kita cari itu di software ini.


DOWNLOAD DI SINI 

Monday 5 August 2013

Download Foxit Reader 606.0722




Siapa yang tidak kenal dengan pembaca fail PDF yang ringkas dan terkenal  ini bukan?.. Foxit Reader adalah satu software pembaca dokumen/ fail PDF. Ianya mempunyai kapasiti fail yang yang kecil dan ringan disamping dapat membuka fail PDF dengan cepat berbanding pembaca fail PDF yang lain dan mengurangkan penggunaan dalam memori (RAM). Di sini saya ingin mengsyorkan anda untuk mendownload software Foxit Reader yang terbaru ini.


Mengenai Software Foxit Reader Yang Terbaru :

Nama : Foxit Reader
Versi terbaru : 606.0722
Ukuran fail : 28.50 mb
Sistem operasi : Windows
Bahasa : en-US
Author: Foxit software (http://www.foxitsoftware.com)


Spesifikasi Minimum Software Foxit Reader :

Processor : 1.3 GHz atau lebih cepat
RAM : 512 (Disyorkan  : 1GB atau lebih besar)
Hard Disk : 1GB



Saturday 27 July 2013

Mengambil Semula Fail-Fail Yang Telah Dibuang Secara Permanent




Membuang fail-fail yang kita tidak memerlukannya lagi di komputer adalah pekara biasa bagi sesiapa yang menggunakan komputer.


Tetapi kita juga ada kalanya kita juga pernah bukan secara tidak sengaja terbuang fail- fail yang kita masih memerlukannya lagi? Dan apakah tindakan anda untuk mendapatkan semula fail- fail itu? Adakah kita dengan pasrah mengatakan "mmm.. bukan rezekiku untuk dapat fail itu". Tetapi tidakkah anda sedar bahawa fail -fail yang telah anda membuangnya itu sebenarnya boleh diambil/ dikembalikan semula?


Di sini saya akan berkongsi tentang cara untuk anda mendapatkan semula fail -fail yang anda telah membuangnya secara permanent(kekal). Ianya bukan sahaja untuk mengambil semula fail- fail yang telah dibuang, tetapi juga segala apa yang telah dibuang oleh komputer seperti program, software -software yang telah di uninstall dan sebagainya.



Tutorial :

1) Pergi pada start, tulis "restore" dan klik pada "System Restore"




2) Akan keluar tetingkap "System Restore" dan klik "Next" 




3) Pilih  fail/ software mana yang hendak di ambil/ kembalikan semula




4) Setelah memilih, klik "finish"




5) Fail anda telah berjaya di "restore" semula



6) done...  tahniah....






Syaif Zulzahari.............