Thursday 27 June 2013

Apakah Driver Komputer





Sebut sahaja mengenai driver komputer, anda pasti pernah mendengarnya bukan?. Tetapi berapa ramai diantara yang betul -betul memahami apakah sebenarnya  driver komputer itu? Di sini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai apakah driver itu..

Driver adalah satu bahagian yang penting dalam sistem komputer. Ianya berfungsi sebagai perantaraan dan mentafsir isyarat bagi memudahkan komunikasi antara sistem dan alat-alat perkakasan komputer. Tanpa driver, alat perantaraan seperti wifi, bluetooth, graphic card dan lain- lain tidak dapat berfungsi dengan sempurna.



          Driver ini selalunya disimpan di dalam cd /dvd dan akan disertakan sekali apabila kita membeli sesebuah komputer dan sebagai alternatifnya kita juga boleh mendownload driver tersebut yang terdapat di laman web pengilang komputer itu, dan ini adalah tempat yang terbaik untuk kita mendownload semua driver komputer kita.

Tetapi, terdapat kemungkinan besar juga apabila cd driver yang terdapat pada kita itu rosak /tidak berfungsi dengan sempurna, hilang atau driver tersebut tidak lagi dapat didownload di laman web pengilang komputer tersebut kerana pengilang itu tidak lagi mengeluarkan perkakasan komputer itu.



Dalam masalah ini software- software pembantu pencari driver dicipta untuk untuk memudahkan pengguna komputer antaranya seperti SlimDrivers, DriverView, DriverMax dan sebagainya. Software- software ini berupaya untuk membuat senarai driver, mengemaskini driver dan memulihkan driver.



No comments:

Post a Comment