Saturday 6 July 2013

Remote Administration Tool



Remote administration tool atau RAT adalah digunakan untuk mengawal komputer orang lain dari jarak jauh dengan menerusi rangkaian internet. RAT terbahagi kepada 2 jenis iaitu sah dari undang undang (legal) dan tidak sah dari undang -undang (illegal).


RAT yang legal adalah software komersial yang digunakan oleh kebanyakan organisasi untuk membolehkan admin-nya memantau kerja ahlinya seperti Team Viewer, Radmin dan sebagainya. Dan biasanya software yang legal ini diketahui ianya dipasang di komputer penggunanya.



Tetapi kebanyakan RAT adalah digunakan untuk kegiatan illegal oleh penceroboh(hacker) ke komputer orang lain tanpa diketahui oleh pemilik komputer tersebut. ianya dipasang/ beroperasi sebagai "backdoor"  pada komputer pemiliknya tanpa diketahui. Orang mengawal komputer mangsanya ini boleh melakukan apa sahaja kepada komputer mangsa seperti memantau aktiviti mangsanya, mengubah suai sistem komputernya, mengambil/ membuang fail-fail dan yang paling teruk ialah merosakkan sistem komputer mangsanya. Antara contoh RAT jenis illegal ialah Beast 2.07, shark, NetBus dan pelbagai lagi.




No comments:

Post a Comment