Wednesday 3 July 2013

Apakah Keylogger



Di dalam dunia hacker, keylogger adalah pekara yang pasti dikenali, kerana keylogger adalah tool yang penting untuk menggodam/ mencuri kata laluan seperti bank, facebook dan sebagainya. Keylogger adalah perisian daripada remote administration tool (RAT) untuk memantau setiap apa yang ditaip oleh anda pada papan kekunci.


Anda tidak boleh mengenal pasti kehadirannya di komputer anda kerana ianya "running" tanpa perlu meminta kebenaran anda dan ianya tidak tersenarai di dalam task manager ataupun control panel  pada komputer anda. Ianya boleh menjadi "legal" dan "illegal".


Tetapi di sini saya ingin menerangkan tentang illegal (bertentangan dengan undang- undang) yang bagaimana Keylogger ini boleh membahayakan anda dan ianya boleh digunakan oleh musuh ataupun rakan anda untuk mendapatkan maklumat- maklumat sulit anda seperti butir- butir kad kredit bank, username dan password dan apa -apa aktiviti anda di komputer yang melibatkan penggunaan papan kekunci. Mereka ini boleh memasang Keylogger di komputer anda dengan pelbagai cara, antara cara yang mudah adalah menggunakan teknik Social Engineering.



Contoh bagi keylogger ini digunakan adalah apabila anda memasuki laman web facebook dan memasukkan username dan password anda pada sesebuah komputer atau di komputer anda yang telah dipasang Keylogger dan orang yang memasang keylogger ini akan dapat mengintip apakah username dan password anda walaupun tiada sesiapa di sekeliling anda, kerana si pemasangnya dapat melihat apa yang anda lakukan hanya melalui komputer mereka.

terdapat dua jenis keylogger yang dipasang di komputer iaitu

1) alat perkakasan



2) melalui software


Cara untuk melindungi komputer anda daripada Keylogger :

-Jangan sesekali menggunakan komputer di Cyber Cafe untuk melakukan perbankan secara online.

-Berhati-hati dengan siapa yang menggunakan komputer anda.

-Menggunakan anti-virus yang mengesan pelbagai jenis malware / anti keylogger.


No comments:

Post a Comment