Thursday 27 June 2013

Siapakah Hacker?


Perkataan penggodam ataupun hacker adalah adalah perkataan yang biasa kita dengar dan lihat terutama di di dalam internet. Tetapi adakah perkataan hacker ini merupakan perkataan yang bermakna penjenayah di dalam dunia IT?.



Perkataan hacker sebenarnya bukanlah perkataan yang merujuk kepada jenayah tetapi ianya boleh merujuk kepada jenayah. Bingung bukan? Sebenarnya hacker ini terdiri daripada jenis kumpulan yang berbeza. Iaitu "white hat", "black hat" dan "grey hat". Jenis kumpulan hacker ini ditentukan oleh tingkah laku mereka terhadap dunia IT.

White hat hacker
Mereka ini adalah penggodam yang beretika, pakar- pakar dalam menjejaskan sistem keselamatan komputer yang menggunakan kebolehan mereka untuk tujuan yang baik dan mengikut undang- undang. Ramai "white hat hacker" yang digunakan untuk menguji sistem keselamatan dalam sesebuah organisasi untuk menggodam sistem mereka. Apabila penggodam dapat memasuki sistem keselamatan mereka melalui ujian penembusan/ penetrant testing, penggodam ini akan memberitahu kepada pemaju syarikat tersebut dan menerangkan bagaimana mereka dapat memasukinya, dan ini membolehkan pemaju meningkatkan lagi sistem mereka.

Black hat hacker
Mereka berbeza dengan "white hat hacker". mereka juga adalah pakar dalam komputer tetapi mereka menggunakan kebolehan mereka untuk tujuan peribadi seperti memasuki sesebuah sistem keselamatan bagi merosakkan, mencuri dan menghapuskan data untuk keuntungan, cabaran, mendapatkan kepuasan atau lebih kepada ingin menguji tahap kebolehan mereka sebagai penggodam.

Grey hat hacker
Mereka ini adalah merujuk kepada penggodam yang berada di tengah -tengah diantara "white hat hacker" dan "black hat hacker". Ini kerana perbuatan mereka kadang- kadang menyalahi undang -undang tetapi mereka bertanggungjawab di atas kesalahan mereka. dan juga apabila mereka membantu dalam sistem keselamatan sesebuah organisasi tersebut, dalam masa yang sama mereka juga akan menggodam sistem organisasi tersebut tanpa diketahui organisasi itu.


No comments:

Post a Comment