Sunday 30 June 2013

Apakah IP Address




Internet Protokol (ip) adalah identiti yang mengenal pasti komputer pada rangkaian seperti Internet.



Bagaimana ia berfungsi?

Jika dua mesin dirangkaikan bersama- sama, adalah cukup jelas di mana jika anda ingin menghantar satu data dari satu mesin tersebut, ke mana data itu akan pergi jika tidak ke mesin yang telah dirangkaikan tadi, faham bukan? Tetapi, sebaik sahaja berlaku penambahan mesin pada rangkaian ini, mesin-mesin ini perlu dikenalpasti melalui identiti.

Jadi IP dicipta untuk menangani masalah ini. Terdapat empat nombor yang dipisahkan oleh tiga titik seperti 192.168.000.001 yang terdiri dari 32 bit. Tiga nombor pertama digunakan untuk mengenalpasti rangkaian dan tiga nombor terakhir cenderung kepada menentukan komputer tertentu pada rangkaian itu. Hal ini dkenali sebagai IP versi 4 (IPv4) yang dapat menampung sehingga 4 ribu juta alamat IP.
 


Apakah hubungan antara alamat IP dengan nama- nama domain?


Sebagai manusia kita tidak menggunakan alamat ip di internet, hanya komputer yang boleh melakukannya kerana terlalu sukar untuk kita mengingatinya. Jadi satu penyelesaian telah dibangunkan untuk menterjemahkannya yang membolehkan kita untuk menaip alamat sahaja seperti anda sedang lakukan sekarang iaitu syuib92.blogspot.com (nama domain). Apabila anda menaip syuib92.blogspot.com, ia akan dihantar kepada salah satu daripada beberapa komputer di internet yang dipanggil Server Name Domain (DNS). Server DNS kemudian akan mencari alamat IP yang betul bagi membolehkan anda untuk menyambung secara automatik ke laman syuib92.blogspot.com.



Bagaimana pula dengan IP pada masa hadapan?


Tetapi, apabila kita kehabisan alamat ip, mesin-mesin pula yang dihasilkan melebihi puluhan ribu juta kerana bukan sahaja komputer berhubung ke internet tetapi mesin faks, telefon bimbit dan pelbagai lagi perhubungan internet. IPv4 yang dikatakan tadi boleh menampung sehingga 4 ribu juta alamat, tidak lagi mampu untuk menampung beban yang melebihinya. Maka diwujudkan satu jalan penyelesaian yang menggunakan 128 bit, ianya dikenali sebagai IP versi 6 (IPv6)..



No comments:

Post a Comment