Monday 1 July 2013

Social Engineering



Ianya bukan sekadar perbualan kosong.........

Social Engineering adalah memanipulasikan pemikiran seseorang itu agar mangsanya mempercayai setiap apa yang dikatakan oleh "pengamalnya" bagi memudahkan agenda mereka. Jenis maklumat yang dicari oleh pengamalnya itu mungkin berbeza- beza, tetapi apa yang disasarkannya adalah untuk menipu anda supaya anda memberikan mereka kata laluan atau maklumat bank ataupun supaya dapat mengakses ke dalam komputer anda dan tanpa anda mengetahuinya, mereka telah memasang program "backdoor"/ software pada komputer anda supaya mereka dapat mengetahui kata laluan dan maklumat bank serta mengawal komputer anda.



Mereka ini menggunakan teknik Sosial Engineering kerana ianya lebih mudah daripada menggodam sistem komputer anda. Contohnya, mereka akan menipu anda supaya anda memberikan maklumat mengenai kata laluan anda daripada bersusah payah menggodam komputer anda dan mencari kata laluan anda.


Bagi contoh yang mudahnya adalah:

Anda adalah seorang yang kaya- raya. Rumah anda mempunyai anjing pengawal, sistem penggera, pagar dengan kawat berduri, dan anggota keselamatan bersenjata dan yakin bahawa tiada seorang penceroboh pun yang dapat memasuki rumah anda, tetapi pada suatu hari seseorang telah mengatakan bahawa dia adalah penghantar pizza dan anda mempercayainya dan anda membiarkan dia memasuki rumah anda tanpa terlebih dahulu memeriksanya untuk melihat samaada dia adalah benar, maka anda sememangnya terdedah kepada apa sahaja risiko yang diwakilinya.

Fahaminya?

Ini adalah secara ringkasnya. Jika ingin mengetahui dengan lebih mendalam, search di google..

No comments:

Post a Comment