Sunday 30 June 2013

Format Komputer/ Laptop Menggunakan Pendrive



Pada "post" saya yang sebelum ini mengenai Cara Format Laptop/ Computer Dan Install Windows 7 Guna DVD dan hari ini saya ingin menunjukkan tutorial menggantikan vcd Windows kepada pendrive. Kaedahnya tidak jauh berbeza dengan post saya yang sebelum ini, tetapi alat untuk mengformat itu yang berbeza, kerana sifat pendrive itu sendiri yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. perbezaan inilah yang membawa keunikan dalam mengformat komputer. Kerana mungkin anda sering mendengar atau melihat orang mengformat komputer menggunakan dvd sahaja dan jarang/ tidak pernah dengar mengformat komputer menggunakan pendrive.

100% tutorial lengkap...


Apa yang di perlukan :-

1) Pendrive sekurang- kurangnya 4gigabyte(gb)


2) Windows7 USB DVD tool, boleh didownload DI SINI


3) Windows 7 Ultimate........ :-

a) Untuk versi 32 bit DOWNLOAD DI SINI (2.4gb)
b) Untuk versi 64 bit DOWNLOAD DI SINI (3.1gb)



Tutorial  Penggunaan Windows7 USB DVD



1) Install Windows7 USB DVD tool dan klik "next"


2) Klik "browse" dan akan keluar tetingkap, cari di tempat yang anda download Windows 7 Ultimate tadi sama ada versi 32 bit atau 64 bit


3) Klik pada "usb device"


4) Pendrive anda akan terus didetect sebagai windows usb, dan klik "begin copying"


5) Pendrive dalam proses untuk dijadikan Windows usb


6) Done. Pendrive anda berjaya menjadi Windows 7 usb.


7) Jika tidak lagi mahu menggunakan pendrive sebagai Windows usb, formatkan sahaja pendrive itu..


8) Jika ingin mengformat komputer / laptop menggunakan pendrive ini, Klik tutorial ini, cuma tukarkan dari vcd kepada pendrive.



9) Selamat mengformat.......




Cara Format Laptop/ Computer Dan Install Windows 7 Guna DVD


Laptop /computer merupakan satu keperluan di zaman IT kini, kerana sumber rujukan buku sahaja bukan lagi merupakan rujukan yang mutlak. Bagi pengguna computer/ laptop mengformat-nya adalah pekara yang pasti diketahui oleh pemiliknya, sama ada mengformat di kedai, meminta bantuan sahabat yang arif tentang komputer, mengformat sendiri atau sebagainya.


Bagi yang mengformat computer /laptop di kedai computer, mereka mengambil masa yang lama untuk mengformatnya, kerana bukan sahaja computer /laptop anda sahaja yang perlu mereka format dan sahabat juga perlu menbayar sejumlah wang yang agak mahal untuk mengformat komputer kerana mereka perlu membayar gaji pekerja, sewa kedai dan sebagainya.

Kenapa kita perlu bersusah payah berhabiskan wang dan pergi ke kedai computer untuk mengformatnya, padahal kita sendiri boleh mengformat laptop /komputer kita.. Di sini akan saya menunjukkan tutorial cara mengformat laptop/ komputer.

100% tutorial yang lengkap...

Apa yang di perlukan SEBELUM mengformat komputer :

1) pastikan dahulu apakah OS sahabat samaada versi 32 atau 64bit:

-)klik start
-)klik kanan pada komputer
-)properties
kerana sewaktu proses format komputer akan ditanya untuk format windows versi apa..


2) Sekeping vcd windows 7 Ultimate yang berharga RM 10-20 di kedai-kedai seperti kedai cd komputer games, kedai komputer, anda tidak akan rugi membelinya kerana vcd boleh diguna dalam jangka masa yang lama dan boleh mengformat berapa banyak komputer lain jika anda pandai menjaga/ menggunakannya, BOLEH BUAT DUIT JUGA..


3) Cd /dvd driver laptop/ komputer, jika tiada anda boleh KLIK DI SINI
ps: saya syorkan sahabat buat backup driver dahulu menggunakan DriverMax

4) Software2 yang basic seperti:-
a) Antivirus, jika tiada KLIK SINI
b) Pdf reader KLIK SINI
c) Microsoft Office 2007 Enterprise SP2 KLIK SINI  (Password: |daoud|  ) 700mb
c) Google Chrome boleh download DI SINI
d) Media player "splayer" KLIK SINI


5) Buat backup/ simpan document2 penting daripada "local disk c" seperti pictures, videos, document, software2 yang anda download tadi  ke "local disk d"(bagi yang tiada, buat backup ke external hard disk)



Tutorial Mengformat Komputer.

1) Masukkan dvd windows ke dalam cd rom dan kemudian restart komputer.

2) Sesetengah laptop/ komputer akan terus detect dvd windows seperti "press any key to boot from cd" dan terus tekan "enter"


Jika laptop/ komputer anda tidak detect dvd, semasa komputer tengah restart tekan
a) untuk computer jenis Compaq tekan F9/ F10
b) untuk computer jenis Acer tekan F2/ F12
c) untuk computer jenis Dell tekan F2
Selepas itu cari "boot" pada paparan bios komputer anda dan pilih DVD sebagai default atau letakkan di atas sekali dan tekan enter. CONTOH:-


3) Selepas itu screen akan keluar "windows is loading files"


4) Pilih bahasa yang ingin anda gunakan, dan klik "next"


5) Selepas itu klik pada "install now"


6) Pilih apa architecture/ versi yang anda mahukan
 (rujuk No 1 pada "apa yang diperlukan SEBELUM mengformat komputer")


7) Klik "I accept the license tems" dan klik "next"


8) Klik pada " custom (advance)"


9) Klik pada partition yang hendak di format, biasanya laptop/computer akan terus detect partition "local disk c" secara default


10) Klik pada "drive options (advance)"


11) Klik "format"


12) Windows sedang menginstall dengan sendirinya, dan ianya akan mengambil masa lebih kurang 30 minit..


13) Semasa windows sedang install, jangan klik/ tekan apa-apa sehinggalah windows keluar" set up windows" tuliskan nama yang anda suka..


14) Jika ingin meletak password silakan, jika tiada klik "next"


15) Pedulikannya, klik "next"


16) Klik "use recommended settings"


17) Pilih default iaitu zon masa "kuala lumpur"


18) Done.. Laptop/computer anda telah diformat dengan jayanya


19) Klik start => klik kanan pada komputer => klik properties
Adakah komputer anda seperti ini? (klik pada gambar untuk zoom)



 Jika ya, KLIK DI SINI  untuk download removeWAT dan ikuti tutorialnya.

Nantikan "post" saya yang seterusnya mengenai Format Komputer/ Laptop Menggunakan Pendrive


syuib92.blogspot.com.......


Apakah IP Address




Internet Protokol (ip) adalah identiti yang mengenal pasti komputer pada rangkaian seperti Internet.



Bagaimana ia berfungsi?

Jika dua mesin dirangkaikan bersama- sama, adalah cukup jelas di mana jika anda ingin menghantar satu data dari satu mesin tersebut, ke mana data itu akan pergi jika tidak ke mesin yang telah dirangkaikan tadi, faham bukan? Tetapi, sebaik sahaja berlaku penambahan mesin pada rangkaian ini, mesin-mesin ini perlu dikenalpasti melalui identiti.

Jadi IP dicipta untuk menangani masalah ini. Terdapat empat nombor yang dipisahkan oleh tiga titik seperti 192.168.000.001 yang terdiri dari 32 bit. Tiga nombor pertama digunakan untuk mengenalpasti rangkaian dan tiga nombor terakhir cenderung kepada menentukan komputer tertentu pada rangkaian itu. Hal ini dkenali sebagai IP versi 4 (IPv4) yang dapat menampung sehingga 4 ribu juta alamat IP.
 


Apakah hubungan antara alamat IP dengan nama- nama domain?


Sebagai manusia kita tidak menggunakan alamat ip di internet, hanya komputer yang boleh melakukannya kerana terlalu sukar untuk kita mengingatinya. Jadi satu penyelesaian telah dibangunkan untuk menterjemahkannya yang membolehkan kita untuk menaip alamat sahaja seperti anda sedang lakukan sekarang iaitu syuib92.blogspot.com (nama domain). Apabila anda menaip syuib92.blogspot.com, ia akan dihantar kepada salah satu daripada beberapa komputer di internet yang dipanggil Server Name Domain (DNS). Server DNS kemudian akan mencari alamat IP yang betul bagi membolehkan anda untuk menyambung secara automatik ke laman syuib92.blogspot.com.



Bagaimana pula dengan IP pada masa hadapan?


Tetapi, apabila kita kehabisan alamat ip, mesin-mesin pula yang dihasilkan melebihi puluhan ribu juta kerana bukan sahaja komputer berhubung ke internet tetapi mesin faks, telefon bimbit dan pelbagai lagi perhubungan internet. IPv4 yang dikatakan tadi boleh menampung sehingga 4 ribu juta alamat, tidak lagi mampu untuk menampung beban yang melebihinya. Maka diwujudkan satu jalan penyelesaian yang menggunakan 128 bit, ianya dikenali sebagai IP versi 6 (IPv6)..



Saturday 29 June 2013

Lindungi Komputer Dengan NetCut Defender


Di "post" yang sebelum ini saya telah menceritkan tentang Kuasai Wifi Dengan NetCut . Sebarang ciptaan daripada manusia pasti dan pasti ada kelemahan. Kerana sifat manusia itu sendiri yang lemah, bagaimana mungkin untuk mencipta sesuatu ciptaan yang sempurna. 

Begitu jua dengan NetCut, walaupun ia boleh memotong connection wifi orang lain, tetapi ianya juga mempunyai kelemahan. Banyak kelemahan pada software NetCut, dan ianya hanya akan diketahui oleh Allah, orang yang menciptanya dan orang yang telah biasa menggunakannya.. hehe.., dan salah satu daripada kelemahan- kelemahan itu adalah NetCut Defender..

NetCut Defender adalah dicipta untuk melindungi komputer anda supaya connection komputer dengan wifi tidak terganggu/ dipotong dengan NetCut. Dengan software NetCut Defender ini anda tidak perlu lagi risau dengan ancaman NetCut.



Saya pun tidak larat untuk menulis dengan panjang, kita teruskan dengan tutorialnya..


1) Download NetCut defender KLIK DI SINI


2) Install NetCut Defender







2) Apabila sudah di install, akan keluar ini gambar seperti di bawah ini. Internet komputer anda sekarang dalam keadaan dilindungi daripada NetCut..









3)  Apabila melihat komputer anda tidak dilindungi oleh NetCut defender, select "adapters" dan klik "protect".









4) Connection internet ke komputer anda kembali dilindungi












syaif zulzahari..............


Kuasai Wifi Dengan NetCut



Bagi anda yang sudah biasa dengan dunia hacking, pasti sudah mengenali dengan software "kecil" lagi ringkas ini. NetCut adalah satu software yang dapat memotong connection internet orang lain melalui rangkaian internet yang sama. Ia sebenarnya lebih digunakan untuk melindungi wifi yang sepenuhnya milik kita daripada digodam dan digunakan oleh orang lain. Tetapi di dalam dunia hacking, ia biasanya disalah gunakan bagi seseorang itu menguasai wifi untuk tujuan tertentu.


Ini adalah sekadar perkongsian ilmu, sebarang penyalahgunaan adalah tanggungjawab sendiri.


1) download netcut DI SINI


2) install netcut







3)restart komputer


4) open netcut, dua IP address di dalam kotak merah adalah ip komputer anda dan ip router, jangan lakukan apa2. selain daripada dua IP address itu adalah mangsa anda..



5) select mangsa dan klik pada "cut off (ready)"



5) gambar komputer mangsa di software sahabat akan menjadi merah..



6) tahniah anda telah berjaya memotong connection wifi komputer mangsa.



7) untuk mengembalikan semula connection komputer mangsa, select semula komputer mangsa dan klik "resume".


nantikan "post" yang seterusnya dan saya akan menunjukkan cara hendak melindungi komputer anda daripada ancaman netcut, iaitu Lindungi Komputer Dengan NetCut Defender...




syaif zulzahari............

Friday 28 June 2013

Membuat Backup/ Restore Driver Dengan DriverMax

Fungsi drivermax sama sahaja dengan pembantu pencari drivers yang lain seperti SlimDrivers, DriverView dan yang seangkatan dengannya. Pada "post" tentang SlimDriver yang lalu saya lebih menekankan kepada mendownload/ update driver sahaja, tetapi untuk membuat backup/ restore drivers saya lebih menjurus kepada DriverMax, kerana software ini juga adalah salah satu tools yang digunakan untuk mengformat komputer bagi komputer yang tiada drivers.

Tutorial penggunaan DriverMax..

1) Download drivermax DI SINI

2) Extract files

3) Selepas install & update, open DriverMax :-

Klik pada "driver backup and restore"



4) Kemudian klik "backup drivers"



5) Klik "backup" dan klik "backup all drivers"



 6) Tunggu sehingga backup selesai



6) Apabila backup telah selesai, akan muncul tetingkap dan klik kanan pada mouse dan pilih copy dan simpan di "local disk d" atau pendrive yang difikirkan selamat daripada hilang.



 7) jika hendak me-restore semula backup drivers ini. bagi yang telah meng-format komputer, install semula software ini. open, klik pada "restore drivers from backup"



8) Klik "load", akan keluar tetingkap dan cari semula tempat drivers yang kita simpan itu dan klik "open"



 9) Jika telah jumpa tempat tampat yang kita buat backup itu, klik "select all" dan klik "restore"



 10) Biarkan drivermax me-restore drivers anda



11) Dan apabila drivers anda telah selesai me-restore, klik "ok" dan restart komputer




12) Done....




by:

syaif zulzahari..........